...If a hug represented how much I loved you, I would hold you in my arms forever...
Daisypath Anniversary tickers

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Tips Shopping Raya..!! :)


Hari Raya Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi. Ketika ini, pasti banyak keluarga yang sedang merancang atau telah membeli-belah sempena Aidilfitri. Apabila Ramadhan tiba, pasti banyak tawaran promosi di pasaraya mahupun kedai biasa. Maklumlah, ketika inilah nafsu membeli di kalangan pengguna sangat tinggi. Namun, kita perlu sentiasa beringat untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan kita, supaya kita tidak membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan.
Berikut kami kongsikan sedikit tips berbelanja sempena Aidilfitri untuk manfaat kita bersama :


1. Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.

2. Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.

3. Buat belanjawan.

4. Beli mengikut kemampuan masing-masing.













5. Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.

6. Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.

7. Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.

8. Berhati-hati menggunakan kad kredit.





9. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.

10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.

11. Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil

12. Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.

13. Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.






14. Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.

15. Periksa tarik luput untuk barangan makanan.

16. Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.

17. Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.

18. Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.

kisah biskut

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
Alangkah tak malunya lelaki ni.. dah la tak mintak dari aku. makan sama banyak dengan aku pulak tu¦Pencuri!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar. kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi, getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Peristiwa yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi. WAALLAHUALAM..

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012..

1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj.

(Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Perfection in my Eyes


All I ever wanted was to be part of your heart,
And for us to be together, to never be apart.

No one else in the world can even compare,
You're perfect and so is this love that we share.

We have so much more than I ever thought we would,
I love you more than I ever thought I could.

I promise to give you all I have to give,
I'll do anything for you as long as I live.

In your eyes I see our present, our future and past,
By the way you look at me I know we will last.

I hope that one day you'll come to realize,
How perfect you are when seen through my eyes.

- Ashley Borden -

kasih ayah tiada penghujungnya

Banyak hikmah yang telah Allah berikan buat keluarga kami. Segala perubahan yang berlaku adalah yang terbaik. Alhamdulillah atas segala hikmahnya dan aku redha.

"Tuppp!!!!..."

Tiba-tiba hatiku bagai disentap kuat. Aku menangis lagi.

Ya Allah betapa Kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihi hamba-Mu ini. Kenapa???

Sebenarnya fikiranku menerawang mengingat kembali saat aku berdoa di hadapan Kaabah semasa mengerjakan umrah pada Ramadhan tahun lepas. Bila difikirkan kembali, segala apa yang berlaku adalah berkaitan dengan pemergian ayah dan segala hikmah yang berlaku selepas itu.

Sememangnya kita tahu, banyak tempat yang termakbul doa. Semasa di hadapan Kaabah aku tidak melepaskan peluang memohon hajat yang telah lama aku simpan, betapa bersungguhnya aku akan perkara itu sampaikan aku siapkan senarai doa yang nak dibaca kerana takut terlupa.

2 antaranya adalah :

Ya Allah kau satukanlah keluargaku , saudara-maraku , jiran-jiranku (nama disebut satu per satu). Damaikanlah mereka Ya Allah. Lembutkanlah hati mereka Ya Allah. (pertelingkahan selalu berlaku antara saudara mara disebabkan permasalahan harta yang menjadi punca dan begitu juga salah faham antara jiran tetangga sehinggkan kami tidak bertegur sapa.)

Ya Allah ampunkan dosaku Ya Allah. Bukanlah aku menolak fitrah-Mu tetapi Ya Allah janganlah kau jadikan aku anak derhaka ke atas ibubapa ku hanya kerana persoalan jodoh. (Aku risau dipaksa kahwin oleh ibubapa. Memandangkan ayah adalah wali dan berhak memaksa aku kahwin, aku sangat risau akan menjadi anak derhaka jika menolak.)

Apa perkaitannya?

Sebenarnya doa aku termakbul lima bulan selepas mengerjakan umrah. Namun diambil sesuatu daripada aku sebagai pengganti. Suatu kehilangan yang kekal yang tak dapat dicari dan diganti iaitu insan yang aku panggil AYAH!!!

Segala doaku termakbul selepas pemergian ayah. Dia mengambil kembali satu daripada nikmatnya dan memberikan aku seribu nikmat lain sebagai pengganti. Maha Adil dan Pengasihnya Allah.

Terkejut dan pilu hati ini, rupanya Allah mendengar rintihan hamba-Nya ini. Seribu hikmah disebalik ujiannya. Hubungan kami dan saudara mara pulih dalam sekelip mata dan begitu drastik, malah bertambah sangat baik. Dan aku kehilangan wali utama dalam hidupku.

Ya Allah aku syukuri atas segala ujian dan nikmat kurniaan-Mu. Redhailah dan damaikanlah hatiku, ibuku, adik-beradikku dan saudara maraku dalam menerima pemergiannya.

Jadikanlah segala ujian-Mu sebagai penguat iman kami. Tempatkanlah ayah di kalangan orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosanya, jauhilah dia akan siksa kubur-Mu, terangilah kuburnya dengan cahaya-Mu, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah ilmunya, dan sedekah jariahnya sebagai bekalannya. Dan jadikanlah kami, sebagai anak yang soleh dan solehah sebagai pelaburan akhiratnya yang amat berharga. Amin.

when princess was fall in love

Some pray to marry the man they love,
my prayer will somewhat vary;
I humbly pray to Heaven above
that I love the man I marry
copyright 2011. done by princess heart